cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Ahad, 11 September 2016

asbab ujian

assalamualaikum....

after a long time ago ..

lama aku terlena, kala ku selak semula cerita duka lama ,
ku tersedar suatu rasa,
rasa dimana aku mulai lupa dengan tanah yang rata ,
bumi yang berpusing,
namun aku masih bergelumang di dalam dosa,
terlalu khayal dengan keseronokan dunia,
hingga aku terbabas dalam mengejar impian yang tersemat di jiwa,
ujian demi ujian mencengkam jiwa,
lama aku mencari hikmahnya,
ku belek semula segala cerita lama,
lantas aku tersedar dari mimpi lena,
bahawa Tuhan rindu rintihan aku yang dahulunya selalu merayu padaNya,
terima kasih atas segalanya,
moga aku terus terjaga demi raih SyurgaNya :)