cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Isnin, 19 Mei 2014

pelangi yang menyinar kembali :')

sekian lama tak mencoretkan kisah ..
lama menyepi.. aku rasa kehilangan diri sendiri..
sepanjang aku duduki sem dua, sepanjang itu aku rasai diri aku mula hilang satu persatu
penat aku menangis
penat aku menipu diri sendiri
gelak tawa yang langsung terasa kosong
pedih..sakit...lelah..penat..derita...................
akhirnya aku menangis sendiri...
sepanjang sem dua tu aku hanya fikir nak berhenti dari terus berada di poli...
dengan abah aku yg terlantar di ICU ketika itu.. aku serabut sangat sangat ..
aku takut kehilangan orang yang aku sayang...
aku hilang arah tuju...
aku hilang diri aku satu persatu..
tapi aku bersyukur..
lama aku berdoa.. menceritakan kisah hidup aku kepada Tuhanku..
air mata x berhenti mengalir..
sampai satu saat aku rasa cukup lelah utk berada di bumi ini lagi..
namun..
aku bersyukur..ketika sem 2 mula menemui hujungnya..
aku mula menemui cahaya... cahaya yang memberikan aku sinar kehidupan..
cahaya yang  buat aku kembali tersenyuman dengan keikhlasan ..
keluarga yang setia menemani aku..
kawan kawan yang memberikan aku senyuman dan gelak ketawa..
dan langit yang mula mencorekkan pelangi dalam kisah hidup aku...
aku bersyukur.. semuanya kembali reda..
dan aku panjatkan syukur yang teramat kehadapan Tuhanku yang Satu ..
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas kurniaan sementara yang kau pinjamkan ..
terima kasih memberi aku peluang merasai apa itu kebahagiaan
apa itu kehidupan..
terima kasih atas dugaan yang limpahkan kepadaku..
Kau buat aku menjadi lebih matang dan membuka mataku melihat dunia yang semakin menuju ke penghujugnya ini..
aku ingin kembali padaMu.. kembali menyerahkan hatiku yang satu ini.. kembali beriman kepadaMu ..
terima kasih atas segalanya Ya Allah :')