cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Sabtu, 21 September 2013

PETUNJUK APAKAH INI ? :')

ASSALAMUALAIKUM bakal penghuni syurga...

hari ini 21 September 2013, hari sabtu bersamaan 15 Zulkaedah 1434 .. 
aku duduk seorang diri ,merenung kekhilafan diri sepanjang 18 tahun aku menumpang di muka bumi ini ..
tiba tiba aku teringat kisah pada beberapa malam itu .. 
baru lagi peristiwanya.. kalau x silap dalam jangka masa 14 september dan hari hari berikut dan selepasnya..
aku tidur seperti biasa.. 
namun tiap kali jam menunjukkan jam 3-4 pagi.. aku tersedar dari koma sementara itu ,
dan sebelum aku tersedar lena ku diganggu oleh sebuah mimpi..
aku bermimpikan seorang makhluk ALLAH yang kutemui 
hanya dalam satu malam tika aku berada di kem Usahawan (SiPUT) ..
aku tidak tahu kenapa.. 
aku mimpi dia menegur aku,
aku mimpi dia tersenyum memandangku..
dan setelah aku bangun dari lena itu ,
 aku lantas menunaikan solat sunat . 
dan aku berterima kasih pada ALLAH kerana mengejutkan aku ..
walaupun dengan cara itu,
paling kurang aku dapat menunaikan suruhanMU ..
dan setelah aku berfikir, 
mengapa engkau hantarkan  lelaki itu  untuk mengejutkan ku ?
padahal sebelum itu aku dengan dia tiada apa apa .. kaitan pun
hanyalah hubungan saudara sesama islam yg dipertemukan untuk berbincang mengenai perniagaan dan dia memberikan aku ilmu usahawan..
aku memang mengagumi dia,
tapi aku tidak pernah terfikir dia akan memasuki alam mimpiku ..
dan setelah beberapa hari  perkara itu berlaku,
aku sentiasa berdoa agak KAU satukan hatiku dengan hatinya.. 
mungkin kami tidak dipertemukan sekarang,
mungkin kami tidak berhubung,
tetapi mungkin itu suratan yang KAU tentukan utk kami..
setiap kali aku tersedar jua aku berfikir..\
adakah dia juga bermimpikan aku?
entahlahh..
yang pastinya hatiku sudah terikat oleh dirinya..
dan itulah doaku ... 
aku berdoa dialah jodohku ,
aku berdoa dialah imamku ,
aku berdoa dialah yang bakal memimpin tanganku utk ke SYURGAMU ,
dan aku berharap dialah JODOHKU yang KAU telah tulis di Luh Mahfuz dahulu ..
semoga kau makbulkan doaku ini YA ALLAH ,
terima kasih atas segala nikmat yang kau berikan selama ini . Alhamdulillah..
aku bersyukur kerana selepas mimpi itu kau membuatkan aku lebih bersyukur atas nikmatMU,
membuatkan aku tersedar betapa banyaknya dosaku terhadap diriMU,
aku manusia biasa, yang penuh digelombangi dosa ..
terima kasih YA ALLAH panjangkan umurku untuk bertaubat padaMU.
bimbinglah aku YA ALLAH, lindungilah aku dari hasutan syaitan ..
berikanlah aku kebahagiaan yang hakiki ..
terima kasih YA ALLAH :')