cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Ahad, 15 September 2013

Aku Hanyalah Hamba-Mu Yang Lemah

Assalamualaikum ...

Aku hanyalah insan biasa yang tidak punya apa apa

Aku tidak punya harta
Aku tidak punya rupa 
Tetapi Aku Punya Allah ..
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku..
Setelah lama aku alpa, 
Aku lalai dalam dunia yang penuh maksiat,
Aku leka dengan hiasan dunia yang hanyalah sementara
Aku taksub dengan percintaan di dunia,
dan akhirnya aku jatuh,
Dalam Penuh leka, tiba tiba aku terjaga,
Aku terjaga bila aku menyedari aku tidak punya apa apa sebagai bekalan
dan tiba tiba air mata ini jatuh,
Air mata yang kasar ini menitis ,
Aku rasa sangat dayus,
Aku rasa aku ini hanyalah manusia yang tidak tahu bersyukur,
Selama 18 tahun aku hidup, 
baru aku sedari yang aku sudah menghabiskan masa yang sangat lama ....
Aku membazirkannya begitu sahaja,
dan tiba tiba aku terfikir, 
andai esok Allah menarik nyawa yang dipinjamkan kepadaku,
bekalan apa yang akan aku bawa untuk ke alam sana ?
Ya ALLAH, ampunkan hambaMU ini,
aku menyesal atas segala nya,
aku akui aku hamba yang sangat bodoh dan kerdil,
selama ini aku ketawa , aku gelak dan aku bahagia ,
aku anggap dunia ini milik aku,
tetapi aku lupa, Engkau lah pemilik dunia ini ,
Engkau pemilik hakiki segala yang ada di atas bumi ini, 
Engkau pinjamkan aku keluarga ,kawan kawan dan orang orang yg berada disekeliling untuk membahagiakanku ,
tp aku tidak pun mengucapkan syukur kepadamu ,
aku hambamu yang tidak reti menghargai, 
perintahMu juga aku payah untuk laksanakan,
membaca al-Quran jarang sekali, 
hanya yang wajib aku laksanakan,itu pun dalam kepayahan,
hamba apa aku ini Ya ALLAH ?? 
aku kesali silapku, 
berikan aku peluang Ya Allah , 
berikan aku kesempatan untuk menebus semua ini,
aku tidak mahu digodai dengan hasutan syaitan lagi,
aku tidak mahu tinggalkan kau lagi Ya Allah,
tdan satu perkara yang aku sedari,
Kau sentiasa bersama aku,
tak pernah tinggalkan aku,
walaupun aku semakin menjauh dariMu,
engkaulah yang setia dengan ku,
hapuskan aku dari cinta manusia yang haram Ya Allah,
bendunglah hati ku dari maksiat ,
jagalah mataku dari melihat perkara yang Kau haramkan,
jagalah auratku dari dilihat oleh bukan muhrimku,
bantulah hambaMu ini Ya Allah ,
ampunkan segala kekhilafan dan salahku selama aku berada di bumi Mu ini Ya Allah
Jadikan aku insan yang tahu bersyukur,tahu mentaati kedua ibu bapaku,
tahu menghormati orang sekelilingku dan tahu menghormati diri sendiri Ya Allah ..
Kau lah tempat aku berlindung,
Kau lah segalanya bagiku Ya Allah
Semoga aku berada dikalangan orang orang yang beriman di Syurga nanti Ya Allah :')

terimalah taubat hambaMu,
NUR FARAH ATIQAH BINTI MOHD AYOB
15/9/2013 2.45pm