cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Sabtu, 31 Januari 2015

dia...

tiada daya seindah rasa..
bila hati mula berbicara..
dirinya penuh kepalsuan
kepalsuan yang disebaliknya ditemani air mata
dia berlagak bahagia
dia ketawa
dia sentiasa membuat yang lain tersenyum bila bersamanya
dia sentiasa melakukan sesuatu yang menjadikan dia tampak lain dihadapan yang lain
hanya dengan satu alasan..
alasan yang buat dia sendiri menangis
alasan dimana dia mahu yang lain mengingatinya dikala dia tiada di dunia yang fana ini lagi
kehidupannya yang sebenar hanya bersalutkan air mata
air mata menahan kesakitan yang di alami..
dia dambakan bahagia ..
kerana itu dia masih kuat di hadapan yang lain ..
kerana dia tahu..
suatu ketika nanti dia akan terkulai layu meratapi takdir yang telah ditetapkan untuknya
dia bangga dengan dirinya..
dia sentiasa yakin bahawa kebahagiaan milik dia..
dia sentiasa mencuba dan mencuba selagi berdaya
namun di sebalik semua itu..
dia menelan pil pil kehidupan..
pil pil yang menjadikan dia masih kuat pada hari ini..
dia percaya akan ketentuan Ilahi..
dia percaya apa yang terjadi pada dirinya ada kebahagiaan di sebaliknya..
dia masih gagah..
gagah meneruskan kehidupan..
dia ingin meraih bahagia bersama insan yang dia cintai..
dia ingin membina mahligai cinta yang diidami..
tapi dia hanya mampu pendamkan perasaan itu..
kerna dia tahu dia tiada kekuatan untuk itu..
air mata menjadi peneman jiwa..
dikala ini yang dia impikan hanyalah ingin membuat kedua ibu bapanya bahagia..
dia hanya mengharap senyuman ibu bapa sentiasa mengiringi kesedihan hidupnya..


kadang dia penat..dia letih..
namun demi azam yang tersemat di jiwa..
dia bangkit lagi dan lagi...
dia bangun dengan senyuman demi sinaran kehidupan yang baru
dia sentiasa memotivasikan dirinya dengan mengatakan hari ini dia mahu meraih bahagia..lagi dan lagi..


dikala senyuman dan gelak tawa menghiasi..
dia duduk sendiri..
sepi...sunyi...
dia termenung memikir perjalanan hidup ini...
dia menangis..namun hanya didalam hati ianya menitis..
dia masih gahkan diri dengan senyuman..
dia tidak mahu yang lain menyedari..
kesedihan yang dia alami..
bertemankan al-Quran ..dia bangkit mencari kekuatan diri..
di kala dia sunyi.. Allah menjadi peneman jiwanya..solat menjadi tiang kebangkitannya..
masa lalu yang di lalui sangat merobek hati serta jiwanya...
sedaya upaya dia elakkan diri dari terus mengingati tentangnya..


namun disebabkan masa lalu yang sungguh perit ..
dia masih berdiri kuat disini..
dirinya selalu merintih kepada Tuhannya yang satu iaini Allah Taala..
dia percaya atas segala ketentuan yang telah ditetapkan untuknya..

dia mengharapkan kesembuhan... walau upayanya tidak sekuat dahulu..
dia percaya akan dirinya sendiri..
dia yakin dengan kekuatan dirinya..
dia bangkit dengan semangat dan dorongan yang diberikan pada dirinya..
dia sangat menghargai setiap insan yang hadir didalam hidupnya..

dan dikala ini.. dia masih di sini... masih meneruskan perjuangan..
hingga ke titisan darah yang terakhir..
moga bahagia milik dirinya :')