cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Sabtu, 9 Ogos 2014

jawapan yang mengecewakan...

5 ogos 2014.. tarikh yang dinanti akhirnya tiba.. 4 ogos seawal pagi aku bertolak ke seremban sebelum menyambung perjalanan ke selangor.. raya punya raya, malam itu akhirnya aku tiba di selangor pada jam 7 malam.. debaran hati x dpt diungkap.. aku sangat takut.. malam itu aku tidur seperti esok.. kessokan paginya... pada jam 6 pagi aku sudah pun tersedar dari lamunan tidur.. aku bangun menghadap Ilahi dengan harapan semuanya baik baik sahaja pada hari itu.. jam 7.30 aku bertolak dari kota kemuning ke Hospital Kuala Lumpur .. pucat , terdiam, takut.. semuanya ada.. aku mengharapkan keajaiban  .. segala dokumen lengkap aku bawa supaya aku tidak lupa.. namun, jalan jem yang terlalu sesak di Kuala Lumpur  buat hati aku bertambah resah dan gelisah.. Allah sahaja tahu perasaan aku ketika itu.. aku tidak fikir lain.. hanya memikir bagaimana result itu..

setibanya di Hospital Kuala Lumpur(HKL) .. dalam HKL itu aku sesat.. almaklumlah first time g.. beso gila tempat tuh.. aku risau dan semakin risau apabila jam semakin  menunjukkan ke angka 9.30am.. appoinment aku pada jam 9.30am.. andai aku lambat, aku harus mengambil appoinment lain.. Allah.. berdoa sahaja aku mampu tika itu...

setibanya di tingkat 5 bahagian klinik neurosurgery.. bahagian otak dan saraf... ramai gilaa orang.. dan kebanyakannya dengan muka yang lemah dan sakit.. risau.. aku menanti giliran yang x kunjung tiba..

hampir 2 jam.. akhirnya tiba giliran aku.. Allahu.. berdebarnya rasa... aku masuk ke bilik doktor itu... doktor ambil result xray mri aku... dia gantungkan segala result itu.. dan dia terangkan satu persatu  ... aku tidak ingat dia mula dari mana .. tika itu dia tunjukkan bahagian yang aku sakit itu.. bahagian belakang otak kiri aku.. ada satu bulatan itu.. keajaiban kini mula menghilang.. sedih tak tertahan.. aku memang mempunyai penyakit yang boleh membawa mati itu.. doktor kata aku akan menjalani satu lagi scan iaitu scan yang ke 4  dalam  masa sebulan ini.. tarikhnya aku tidak tahu lagi... nanti doktor call.. kemudian doktor kata aku hanya ada dua pilihan..

-pilihan pertama : PEMBEDAHAN...
aku perlu dibedah untuk mengeluarkan salur darah yang x normal itu... supaya ianya x pecah dan membahayakan aku suatu hari nanti... tetapi risikonya sangat tinggi... masa after operate ialah dlm 2 3 minggu utk rehat.. then berbulan utk pulih..mcm tu lah...

-pilihan kedua : GLUE
its like a terapi.. x pasti akan masukkan something utk tarik bahagian yang sakit itu sikit per sikit ataupon laser ataupon entahlah... tapi ianya makan masa yang lama n menyeksakan sesangat... tapi risiko tidak tinggi..n hampir setiap bulan kene jumpa doktor sebab nak glue kan benda tuh...

aku keliru .. aku x tahu nak pilih yang mana .. sakit.. pilihan yang buat aku rasa yang sebenarnya aku tiada pilihan.. pilihan yang andai aku salah pilih aku membunuh aku sendiri... moga solat istikharah membantu aku ... masa itu aku menahan air mata.. tahan dari mengalir depan kedua ibu bapaku.. aku berpua pura senyum... senyum menutup segala kesedihan yang bertandang di hati ini..  aku tak nak mak ayah aku sedih bila lihat aku sedih...

dengan senyuman yang palsu.. aku tanya doktor ... "doctor, you think wheres better? operate or glue?" and he said "risiko untuk operate sangat tinggi" hump dlm 2 3 kali jugak doktor ulang ayat tuh.. dia x bagi aku jawapan.. cuma dia bagi itu sahaja..

then doktor kata bahagian aku kene bukan bahagian yang teruk, means teruk jugak.but not too teruk.. andai aku kene pada mata, tangan or anggota badan, itu yg sgt membahayakan.. aku tanya aku kene bahagian mana.. dia jawab .. "bahagian memori" means bahagian ingatan .. patutlah aku selalu x ingat banyak benda kebelakangan ni.. hump :'(

aku tnye lagi.. andai aku buat bodoh je dengan penyakit ni mcm mana? dia jawab.. "boleh nak buat tak tahu buat masa ni, tapi effectnya masa mengandung atau masa hidap darah tinggi, anytime blh pecah masa tuh... n if pecah blh lumpuh or mati, so its better rawat n cegah sekarang" hump.. aku keliru... aku x tahu nak buat apa lagi.. aku ada sebulan sebelum scan ke 4 .. scan ke 4 itu lebih high lg tahapnya sebab dia akan buat rawatan saluran darah aku ke mana.. yang problem tu mengalir ke mana.. mungkin sakit.. dan aku pasti ianya sakit malah lebih sakit dari scan sebelum sebelum ini .. lagi satu bila doktor kata yang buat masa ni aku just makan ubat yg dberikan, n masa tu doktor kata salur darah ni boleh pecah bila bila masa, aku terlalu takut dan sedih... tp buat masa ini keadaan aku lebih selamat n mgkin x pecah buat masa ni.. eh entahlah.. aku pun x tahu nak ckp macam mana...

doktor kata nanti dia bagi tarikh utk scan sebab dia kene bincang dengan doktor pakar yg lain.. nanti dia call.. aku masih tersenyum..  yeah senyum sedangkan penyakit aku teruk mcm ni...

dalam setiap fikiran aku sekarang.. aku just fikir yang mana satu aku nak pilih... huhh bukan mudah .. teringat balik dari HKL itu.. aku ,akaq ain,adeq,mak abah pergi shopping complex dkt selangor tuh... hump salah satu nak hilangkan cara stress aku ialah pergi shopping. even duit habis paling kurang stress aku hilang. huhu... hump masa tu pergi restoran dalam mall tuh.. aku duduk tengah tengah diantara mak abah aku.. then aku bagitahu mak... "mak,iqah nak operate eh" , mak jawab "tapi risiko tinggi" .. hump aku terdiam.. diam dan diam... kemudian aku cakap lg sekali "mak, iqah nak pilih operate tau" .. mak jawab " tapi risikonya tinggi qah" hump k.... makan mcm biasa dan lupakan itu semua..

aku rasa mak abah aku terpengaruh dengan ayat doktor yang risiko if operate sangat tinggi... hump yelah.. before operate mak abah kene tandatangan dulu... mak abah mana sanggup tengok anaknya menanggung derita sama ada hidup atau mati dalam bilik pembedahan ? tak ada wak.. x ada.. kalau aku pun aku x sanggup...

malam itu..perjalanan pulang ke segamat.. tapi aku ke melaka.. jauh aku termenung memikirkan perkara itu... aku x tahu apa lagi harus aku buat.. aku masih berdiri teguh, masih kuat,masih ketawa dan tersenyum sebab aku redhakan hati aku atas semua yang terjadi.. aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya... dan aku percaya pada Allah.. aku percaya ajal maut di tangan Allah... ye mungkin risiko utk mati andai aku ambil pembedahan sgt tggi.. tapi itu kata doktor.. Allah yang menentukan..

aku penat menangis.. aku penat bersedih.. aku tak mahu menangis x berhenti sepertimana masa mula mula aku dapat tahu tentang penyakit ini dahulu.. aku langsung x de kekuatan ketika itu.. sekarang pun aku masih bersedih.. masih menangis.. tp aku menangis dalam hati.. menangis ketika aku duduk berseorangan.. aku suka membebel depan budak budak ni.. sebab aku tahu aku akan rindukan diri aku yang dahulu..

after operate.. andai aku selamat.. belum tentu aku dapat kembali ingatan aku ... sebab itulah aku menulis kembali diari aku didalam blogger ini... sebelum aku operate.. aku nak siapkan segala yang aku inginkan dan hasratkan.. aku takut tak sempat.. takut itu yang terakhir... menghembuskan nafas didalam bilik pembedahan bukanlah hasrat aku.. tp aku siapa nak memilih tempat aku mati ? aku bukan sesiapa...

aku mungkin akan melupakan mereka semua.. tp hasrat aku yang utama ialah untuk selamat dan terus menghembuskan nafas di bumi pinjaman Allah ini . aku akan bersedih, mereka akan bersedih tapi sedih lagi andai aku terus tidak dapat berjumpa mereka jika hayat aku sekadar di situ hentinya...

aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.. moga aku terus kuat.. aku sayangkan kawan kawan aku.. jujur korang salah satu punca aku masih kuat disini ...dan sekarang.. aku masih belajar di politeknik melaka. belajar walaupun aku x tahu apa akan jadi selepas ini... entahlah.. malas fikir bebanyak .

air mata da menitis ni.. jumpa lagi nanti.. andai panjang umur :) assalamualaikum...