cerita cita cinta

teruskan pencarian mencari destinasi cinta yang abadi menuju ke Syurga Ilahi .

Ahad, 11 November 2012

AKU MULA....

kehadiran kau memberi sinaran cahaya yang terang lagi bersuluh
kau mula membuka lembaran baru dalam hidup aku ,
kau mula membuka satu episod baru ,
kita mula saling mengenali , segala kekurangan aku , kau terima ,
segala kekurangan kau , aku terima ,
kau mula bermain kata , aku mula membalas bicara ,
kau buat hari-hariku indah belaka ,
aku bersyukur kepada Tuhan kerana mempertemukan kita ,
aku mula menanam taat setia , tika kau berjanji sumpah setia ,
aku mula memberi peluang dan ruang dalam hatiku untuk kau ,
dan aku mula merasakan erti cinta ,
namun ....
dalam dunia yang kurasai indah belaka ,
kau mula mengundur kata , kau mula melangkah jauh ,
dan kau terus pergi tinggalkanku tanpa kata ,
akhirnya aku jadi tidak terkata , aku merasa kosong ,
aku mula merasa sunyinya jiwa
aku mula merasakan kesunyian , tika tiada lagi kau di sisi ,
air mata aku mula membasahi pipi , tika melihat kau bersama teman baru ,
aku mula berasa dipermainkan ,kata-katamu tipu belaka ,
kenangan bersama terus mengguris jiwa ,
aku jadi tidak berdaya ,
aku hanya mampu melihat dari jarak jauh ,
aku harap kau akan terus bahagia , tanpa aku di sisi kau lagi ,
akau bersyukur kerana mengenali diri kau ,
aku menyesal kerana bukan aku lagi yang dapat buat kau tersenyum ,
bukan aku lagi yang dapat mendengar suara indahmu ,
dan bukan aku lagi yang dapat membahagiakan kau ,
tiada lagi aku dalam sujud dan doamu ,
tiada lagi aku dalam mimp[i indahmu ,
mungkin sudah ketentuan ILLAHI mentakdirkan sebegini ,
aku redha dengan ketentuan-NYA ,
namun aku nak kau tahu satu perkara ,
aku masih berharap dan sentiasa berdoa kau adalah jodohku ,
dan kau adalah imamku ,
aku sentiasa mendoakan kau dalm sujudku . :)